.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
Wang bukanlah segalanya dalam hidup.
Ada yang lebih bererti dari harta
yang menimbun...
.......................................
.......................................
- Jul 11, 2008
- Jul 12, 2008
- Jul 13, 2008
- Jul 17, 2008
- Jul 18, 2008
- Jul 19, 2008
- Jul 20, 2008
- Jul 23, 2008
- Jul 25, 2008
- Jul 26, 2008
.......................................
.......................................
Wednesday, July 23, 2008
Lelong lelong!
Jualan murah, jualan murah!
Kata-kata yang dilaungkan pastinya membuat bulu romaku ternaik. Heh, kerana memang pantang kalau perkataan 'murah' disebut-sebut. Lebihan lagi sewaktu musim-musim perayaan, harga barangan-barangan yang dijual dipotong beberapa peratus hingga menyebabkan mata-mata para pembeli terbeliak!
Bulan Ramadhan pula bakal menjelang lagi sebulan. Pada waktu ini, pasar malam di Geylang Serai akan dipenuhi dengan lautan manusia dari setiap kawasan Singapura. Tempat-tempat lain seperti di Woodlands juga tidak ketinggalan menjadi bazar alternatif selain Geylang. Pokoknya, awal-awal lagi rakyat kita akan sibuk berbelanja untuk berbuka puasa. Bagi yang berada di Geylang pula, barang-barang untuk Hari Raya sudah pun mula dijual. Persoalannya, ada perlu kita membeli produk-produk baru hanya kerana rambang mata? Haaaa, di sinilah kita mesti bijak berbelanja!
- Sebenarnya, tidak usahlah menukar langsir setiap tahun, lagipun setiap kali apabila Hari Raya tamat, kita akan menggunakan kembali langsir biasa. Jadi, simpanlah langsir Hari Raya dengan elok. Kalau kita ada adik-beradik, boleh juga berganti-ganti langsir untuk Hari Raya, dan gunakannya 2 tahun sekali.
- Baju Hari Raya pun kalau hendak berjimat, beli baju yang baru hanya untuk hari yang pertama sahaja. Takkan beli sepuluh pasang kalau kita hendak beraya selama 10 hari, betul tak?
- Hiasan rumah pula, jika selalu gunakan bunga hidup, cuba tukar dengan bunga plastik yang lebih murah dan tahan lama?
Yang penting di sini, bukan untuk menunjuk-nunjuk keindahan rumah kita kepada tetamu yang datang. Tiada gunanya berbuat begitu jika kita terpaksa ikat perut untuk kelihatan cantik tetapi menanggung deritanya di belakang hari. Oleh yang demikian, bijak berbelanja, hati gembira!
Lensaku pada jam 6:46 PM