Saturday, July 19, 2008

Teksi Oh Teksi!

Teksi adalah salah satu daripada pengangkutan awam yang diperlukan oleh sesetengah masyarakat di sini. Keperluan teksi penting bagi mereka yang tidak berkenderaan sendiri untuk tiba di destinasi dengan cepat. Namun demikian, dengan kenaikan harga teksi yang mendadak, perkara itu menjadi penghambat kepada penggemar-penggemar teksi. Kini, mereka mungkin berfikir dua kali untuk memilih teksi sebagai pengangkutan pilihan oleh kerana kenaikan harga sebanyak 50%.




Dengan kenaikan tersebut, bilangan penumpang juga berkurangan dan hal ini secara tidak langsung menjejas periuk nasi para pemandu teksi. Jadi, jika anda masih ingin lagi menggunakan teksi untuk sampai ke destinasi tertentu, rancanglah perjalanan anda. Sebagai bantuan, klik di sini untuk mengetahui harga teksi anda pada hari itu.

Lensaku pada jam 6:06 PM