.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
Wang bukanlah segalanya dalam hidup.
Ada yang lebih bererti dari harta
yang menimbun...
.......................................
.......................................
- Jul 11, 2008
- Jul 12, 2008
- Jul 13, 2008
- Jul 17, 2008
- Jul 18, 2008
- Jul 19, 2008
- Jul 20, 2008
- Jul 23, 2008
- Jul 25, 2008
- Jul 26, 2008
.......................................
.......................................
Friday, July 11, 2008
Mak, oh mak, saya mahu kahwin!
Aku baru sahaja pulang dari dua jemputan kahwin rakan-rakanku. Setelah selesai menghadiri jemputan yang terakhir, aku menaiki teksi untuk pulang ke rumah. Biasalah, ada sahaja yang hendak dibualkan oleh pemandu teksi.
"Wah, awak ada jemputan ah nari?", tanya apek teksi.
"Ya, dari jemputan. Nari ada banyak jemputan," jawabku.
"Tadi pun, gua baru angkat dua orang ada banyak jemputan," sambungnya. "Kenapa ah banyak orang buat jemputan hari ni? Ohhh, mesti sebab besok Youth Day punya."
Aku pun mengangguk tanda setuju. Apek itu pun menyambung.
"Harga barang semua naik, masih ada orang nak kahwin ah?"
Hah, sebut tentang kahwin, teringat teruna-teruna yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga tetapi masalah pertama mereka? Wang! Maklumlah, hendak menyara anak orang...
"Saya nak kahwin tapi dia mintak 12 ribu. Mana nak dapat duit? Nak beli cincin pun belum cukup. Hai, nampaknya lagi 5 tahunlah saya kawin...""Saya jangkakan nak kawin setahun selepas saya lepas dari universiti. Tapi memandangkan harga semua sudah naik, nampaknya, dua tahun lah.... Melepaslah lagi...""Wah harga semua sudah naik. Minyak, barang-barang... Sudahlah saya tak jadi kawin!"Sedih melihat mereka yang betul-betul mahu berkahwin, kan? Jadi apakah jalan keluar untuk memastikan mereka tetap berkahwin pada masa akan datang?
Calon A: "Kalau saya beri dia 12 ribu, nampaknya poket saya kosong lepas kawin. Saya akan bincang dengan bakal isteri saya untuk mengurangkan hantarannya kalau boleh..."Calon B:"Sekarang ni, saya dah sibuk ajar tuisyen sana sini. InsyaAllah, duit tuisyen ini mencukupi untuk menyara hidup saya sebagai suami nanti."Calon C: "Saya rasa, saya akan mengurangkan majlis saya yang besar-besaran tu. Nampaknya, sederhana saja majlis saya nanti. Mesti bajet dari sekarang."Oleh itu, saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada semua mempelai yang mendirikan mahligai pada bulan ini!
Lensaku pada jam 10:59 PM