Sunday, July 20, 2008

Tips di kampus - pemakanan sihat, perbelanjaan jimat

Ramai penuntut yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi sedang sibuk menjalani kem-kem suai kenal di universiti-universiti tertentu pada bulan ini. Hal ini juga bermakna, ada di kalangan mereka yang akan mendiami asrama-asrama di sana dan perlu belajar berdikari untuk hidup tanpa keluarga di sisi. Teringat pula aku semasa menetap di asrama selama 2 tahun dan perlu mencari makanan sendiri, heh heh.

Walaupun tinggal bersama kawan-kawan, tidak bermakna kita perlu makan yang bukan-bukan. Kita juga boleh mengambil pemakanan yang sihat tanpa memerlukan wang yang banyak. Makanan yang sihat tidak bererti perbelanjaan yang mahal.

  1. Jika kita tinggal bersama rakan-rakan, catit senarai barang-barang yang diperlukan dan ikut senarai itu. Barang-barang yang dibeli itu perlu dirancang dan bolehlah dibawa sebagai bekalan ke kuliah mengikut jumlah tenaga yang diperlukan hari itu. Jimatkan wang, bukan?

  2. Ramai penuntut membeli makanan hanya apabila lapar. Hal sedemikian akan menyebabkan mereka membeli makanan lebih dari yang sepatutnya.

  3. Berhati-hati semasa memilih produk. Jika produk yang sama boleh dibezakan di kedai-kedai yang berasingan, belilah yang lebih murah.

  4. Kadang-kadang, kerana sibuk belajar, kita lupa untuk membeli makanan yang sihat. Sebaliknya, lebih senang dengan snek-snek untuk mengalas perut. Yang penting di sini ialah mengimbangi diet makanan agar pengajian di kampus menjadi lebih seronok, menyihatkan dan juga menjimatkan!
  5. Jangan lupa botol air! Lebih sihat, jimat wang! Kalau lupa bawa duit, cari sahaja mesin air.

Lensaku pada jam 8:13 PM