.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
Wang bukanlah segalanya dalam hidup.
Ada yang lebih bererti dari harta
yang menimbun...
.......................................
.......................................
- Jul 11, 2008
- Jul 12, 2008
- Jul 13, 2008
- Jul 17, 2008
- Jul 18, 2008
- Jul 19, 2008
- Jul 20, 2008
- Jul 23, 2008
- Jul 25, 2008
- Jul 26, 2008
.......................................
.......................................
Saturday, July 12, 2008
Duit-duit di mana kau duit!
Masih ingat lagu Duit oleh M Nasir? Hmm, agak relevan dengan situasi masa kini. Inilah persepsiku...
"Ada yang panggil ringgit
Ada yang panggil dollar
Ada yang panggil baht
Ada yang panggil rupiah
Semua ini duit
Bikin orang belit" Sana duit, sini pun duit. Bermacam-macam nilai wang. Pergi ke kedai pengurup wang untuk menukar duit pun perlu berhati-hati. Jika bercuti, jangan tukar sesuka hati. Kelak merana diri.
"Duit! Duit!
Di mana kau duit
Duit! Duit!
Hutangku membukit" Kalau kos hidup semakin meningkat, hutang pun usahlah membukit. Masalah pasti tidak akan selesai. Senang kata, elakkan berhutang. Kalau boleh bayar secara tunai, lebih baik. Kalau tidak mampu, usah membazir. Hutang boleh jadi bahaya tau...
"Ada yang benci duit
Ada yang cinta duit
(bikin perut buncit)
Skandal sana sini
Punca juga duit
Cari duit halal
Agar jangan kesal"Boleh jadi kita benci duit kerana hutang-piutang yang tidak dilangsaikan? Mungkin kerana duit pernah membuat diri kita kecewa? Yang cintakan duit pula perlukah menggadaikan maruah? Gara-gara duit tiada? Biar perut membesar? Siapa yang susah? Biarlah mencari harta, di jalan yang benar. Jauhkan dari gejala yang tidak mendatangkan faedah. Kelak, diri binasa. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian...fikir-fikirkan...
"Duit!
Duit beli duit
Duit!
Buat beli cinta"
Cinta itu buta. Betul ke? Apa pun tanggapan orang, ada yang sanggup membeli hadiah lumayan untuk orang yang tersayang. Walaupun tidak cukup duit, sanggup meminjam daripada kawan sepejabat atau serumah, mungkin korek tabung hingga kering-kontang jadinya. Bolehkah cinta disamakan dengan harta? Perlukah kita lakukan semua ini untuk mendapatkan cinta? Mestikah kita ikat perut sendiri? Ingat, cinta tidak boleh dibeli dengan harta semata-mata...
"Ramai orang yang berkata
Duit punca banyak dosa
Jangan sampai makan rasuah
Nanti bangsa jadi musnah"Kalau hendak duit cepat, cari jalan lurus. Jalan belok-belok, ada selekoh sedikit pun tidak apa asalkan tidak termakan rasuah. Kalau sudah dipenjara, hanya kerana duit, apa yang kita dapat? Hanya mampu lihat dunia dalam. Aniaya...
"Zaman ini zaman duit
Tak ada duit diri tercepit
Tapi jangan jadi hamba duit
Nanti musnah diri sendiri "
Dengar tu, memang zaman moden memerlukan wang yang banyak. Jangan jadi hamba duit kerana kita yang mengawal duit bukan sebaliknya. Kos kehidupan yang tinggi pada masa kini, hanyalah satu ujian untuk menguji kebijaksanaan kita menggunakan wang untuk perkara-perkara yang perlu sahaja. Keinginan dan keperluan perlu dibezakan.
Titik.
Lensaku pada jam 7:08 AM