Friday, July 18, 2008

Bil yang memusingkan kepala...

Pernahkah kita terkejut melihat bil air dan elektrik? Tidak syak lagi! Pastinya pusing kepala kerana perlu membayar lebih. Mungkin kerana kelalaian kita sendiri? Renungkan kembali penggunaan air dan elektrik untuk bulan itu.


Situasi 1:

"Abah, 50 sen!," aku bergurau.

Bukannya aku meminta duit daripada ayahku. Hanya sekadar gurauan, seolah-olah ayahku telah didenda kerana gagal mematikan lampu yang telah digunakan. Itulah salah satu cara untuk kami sekeluarga saling ingat-mengingati tentang kepentingan berjimat-cermat di rumah.



Situasi 2:


"Hah, 10 markah!" tegur emak kepada abah.

Memandangkan cuaca yang tidak menentu, kipas adalah alat yang seringkali menjadi mangsa manusia yang sentiasa dahagakan keselesaan. Apabila dihidupkan dengan kuasa yang tinggi dan sesuka hati, pastilah harga pun menggunung tinggi.


Satu lagi cara untuk menasihati ahli keluarga ialah menggunakan sistem markah. Setiap peralatan rumah yang gagal digunakan dengan bijak, akan dipotong markah. Mungkin cara ini boleh kita gunakan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Bak kata pepatah, 'melentur buluh, biar dari rebungnya..' Satu aktiviti yang juga sihat untuk memupuk sikap berjimat-cermat di rumah.

Lebihan lagi, berjimat-cermat sebegini bukankah membantu menyelamatkan bumi yang semakin hari semakin sakit? Dengan penggunaan elektrik bermakna, kita dapat memulihara sumber-sumber alam semulajadi dan mengurangkan kesan tenaga terhadap persekitaran kita. Jimat wang lagi!

Lensaku pada jam 8:37 PM