.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
Wang bukanlah segalanya dalam hidup.
Ada yang lebih bererti dari harta
yang menimbun...
.......................................
.......................................
- Jul 11, 2008
- Jul 12, 2008
- Jul 13, 2008
- Jul 17, 2008
- Jul 18, 2008
- Jul 19, 2008
- Jul 20, 2008
- Jul 23, 2008
- Jul 25, 2008
- Jul 26, 2008
.......................................
.......................................
Thursday, July 17, 2008
10 langkah menjimatkan wang!
Jimat wang jimat belanja
Hati tenang hidup bahagia
Hidup di kawasan metropolitan ini memang banyak cabarannya. Oleh yang demikian, kita mesti bijak berbelanja untuk keperluan sahaja. Aku telah pun melungsuri lelaman-lelaman yang boleh membantuku untuk mengurus wang dengan lebih bijak dan mengubah suai langkah itu. Mungkin 10 langkah di bawah ini boleh menolong anda:
- Usah membeli barangan yang tidak perlu.
- Fikirkan apa yang perlu disimpan dan berapa jumlah yang hendak disimpan dalam jangka masa pendek.
- Sediakan matlamat. Sebaik sahaja kita tahu jumlah yang hendak dikumpulkan, buat jangka masa. Contohnya: Saya ingin membeli rumah dua tahun dari sekarang.
- Rekod perbelanjaan. Catatkan perbelanjaan mingguan dan bulanan secara terperinci. Jangan tinggalkan catatan untuk pembelian yang minimal juga!
- Lihat perbelanjaan mana yang boleh kita kurangkan. Ada yang memeranjatkan kita jika dilihat semula kos perbelanjaan pada waktu itu. Kita mungkin berkata,"Wah, belanja aiskirm sahaja $300!?"
- Bayar untuk diri anda dahulu. Usah tunggu hingga akhir bulan untuk menyimpan wang. Sebaik sahaja menerima gaji, masukkan jumlah wang yang ingin disimpan ke dalam akaun bank kita. Sebaiknya, dilakukan secara berkala.
- Bajet. Sediakan ruang untuk perbelanjaan yang tidak dijangkakan.
- Buka akaun untuk menyimpan wang. Lebih mudah jika kita asingkan wang simpanan dan wang perbelanjaan.
- Jangan gunakan kad kredit. Inilah salah satu cara terbaik untuk mengelakkan belanja berlebihan.
- Hutang? TIDAK! Jangan berhutang. Menghapuskan hutang adalah satu cara terpantas untuk bebas hutang. Tiada hutang, simpan wang menjadi lebih senang.
Kredit: SgClub
Lensaku pada jam 5:26 PM