.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
.......................................
Wang bukanlah segalanya dalam hidup.
Ada yang lebih bererti dari harta
yang menimbun...
.......................................
.......................................
- Jul 11, 2008
- Jul 12, 2008
- Jul 13, 2008
- Jul 17, 2008
- Jul 18, 2008
- Jul 19, 2008
- Jul 20, 2008
- Jul 23, 2008
- Jul 25, 2008
- Jul 26, 2008
.......................................
.......................................
Saturday, July 26, 2008
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., ada menyatakan tentang lima perkara sebelum datang lima perkara. Hmmm, bagaimanakah kita boleh mengaplikasikan 5 perkara tersebut sebelum datang lima perkara lagi dan kaitannya dengan kos hidup?
Sihat sebelum sakitKesihatan adalah amat perlu mentelah lagi dengan negara kita yang memerlukan tenaga rakyat untuk penakatan negara. Pemeriksaan awal sebaiknya dilakukan untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang tidak diketahui sebelum melarat. Langkah sebegini dapat membantu kita untuk menjimatkan kos perbelanjaan rawatan andaikata kita gagal menjaga kesihatan dengan sebaiknya.
Muda sebelum tua Selagi tubuh kita kuat, inilah masanya untuk sediakan payung sebelum hujan. Maksudku, dari segi kewangan, kita harus mula menabung sejak dari bangku sekolah lagi untuk persiapan akan datang. Bukan mula mendapat kerja baru hendak berkayuh dan mula mengumpulkan duit. Kita perlu menyimpan wang untuk hari tua.
Kaya sebelum miskin Kalau sudah kaya, jangan lupa diri. Berpijaklah di bumi nyata dan sedar akan tujuan hidup kita. Usah berbelanja sewenang-wenangnya mengikut nafsu hanya kerana memiliki wang yang lebih. Bukankah ini semua rezeki dari Tuhan? Orang yang kaya pun boleh muflis jika tidak menguruskan wang dengan sebaik-baiknya. Ingatlah...
Lapang sebelum sempit Manusia selalu lalai dan mula kelam-kabut pada waktu sempit. Seeloknya, masa lapang inilah saat yang baik untuk memulakan perancangan kewangan secara peribadi dan juga untuk keluarga untuk kesempitan pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya, pada waktu sempit nanti, ada juga wang yang diperuntukkan untuk memudahkan perjalanan kita semasa kesusahan.
Hidup sebelum mati Hah, yang ini pula perlu wang. Sebelum kita tinggalkan dunia ini, hutang jangan lupa dibayar. Bukan itu sahaja, kalau hidup perlukan duit, mati juga tidak ketinggalan. Mana hendak bayar duit kafan dan sebagainya... hendak dikebumikan pun perlukan wang untuk penempatan kita di alam lain. Oleh itu, simpan wang bukan untuk dunia sahaja, tetapi yang penting ialah harta untuk dibawa ke akhirat... =)
Demi masa, manusia dalam kerugian...Lensaku pada jam 6:28 PM